Jemput Jenguk

Riang Ria Raya 😍

pejam celik pejam celik, dah raya ke4. alhamdulillah kami selamat sampai putrajaya selepas perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 8jam . alhamdulillah tak jammed. jalan smooth je. syukur tak terhingga kepada semua saudara mara sahabat handai yang dtg dr jauh ke teratak kami di kubur panjang kedah pada hari raya pertama. alhamdulillah makanan habis! tahun ni aku yg decide menu hehe. selalu abah dan ibu akan masak nasi briyani, ayam masak merah, kurma telur,  rendang daging dan jelatah. tp this year teringin nak makan ayam berempah. so abah pun tukar masak nasi minyak, kurma daging, telur rebus masak merah, dalca dan jelatah. alhamdulillah licin bak hanggg. happy bila semua tetamu dpt merasa. in fact yg tak dpt dtg pun kami bungkuih kirim bagi depa rasa. so yeah rezeki dorang la tu kan. bila bercakap pasal rumah terbuka ni mesti la ada byk kerenah kan. tp tulah this year extra meriah sbb ada beberapa sepupu yg dpt new born baby. kira kami pun naik satu pangkat la. haha. ya Allah depa segak dan comel la. welcome Khaira! Aisha! dan Fateh! tp disebalik kegembiraan tu, ada juga lah yg buat tuan rumah mcm terasa. oh anyway, kenapa "tuan rumah" ? sbb kami punya rumah lah. ibu kami dah sah beli rumah tu. so yeah, we own the house. have to mention this because ada je yg taknak iktirah rumah tu rumah ibu. 


okay back to the topic. tidak lah nak ckp tetamu yg dtg tu kurang sopan tp takpelah mungkin itu yg dipupuk kan. faktor sekeliling juga mungkin? atau mmg jenis uneducated? kita ni bila masuk rumah orang, selok-eloknya cari lah tuan rumah dulu. salam. tanya khabar. bukan sampai2, terus sembang kencang "eh gemok la skg" haha amboii mesra tak kena tempat. lepas tu, kalau la dah nak mengaku sangat kan yg rumah tu rumah peninggalan tok nenek, jangan la acah tetamu sangat. duduk je tak nak tlg apa langsung. sayang baju ke ? amboi amboi. bila air nk minum takde, hingaq la eh air mana air takde ke ? hareyyy hahaha mai pun tak la awai sangat kan. tp kalau dah tak awai tu, gelut la sama kalau dah kata rumah tu rumah "tok nenek" kan. okay settle bab tu. next, pasal tutur bicara. amboi hebiaq la mulut masing-masing. rumah tu, rumah lama. biasa la takdak ayaq. at least tahun ni kami tak kejaq lori SADA dah tau suruh isi ayaq dalam tangki. at least ayaq ada je cuma pressure tak kuat. hampa tau mai nak cakap "tiap tahun takdak ayaq" eh aku tgh goreng ayam ni rasa nak je goreng kau pakcik. nama pun rumah tinggal brader. kau dtg pun setahun sekali. tu pun ada kadang2 tahun tak dtg. pastu nak bising. amboiii. kami tiap tahun balik awal seminggu tau cuci calat rumah tu. habuk sampai ataih kepala. bukan nak terima kasih. okay lepas tu, adab bila nak beransur pulang. susah sangat ke nak cari tuan rumah nak habaq hampa nak balik dah? amboii hebat sangat ke korang tu? nak mai makan sedap-sedap lepas tu balik mcm tu je. amboii amboii. bukan lah nak kata hebat sgt kita ni tp kita tuan rumah mestilah peduli pasal tetamu kan. apa khabar tetamu tu tetamu tu dh balik ke dah makan ke etc. its all about manners. dan yang terakhir, aku ni bukan lah nak menghalang tp sekadar tertanya. bila ada yg dtg usung mai kawan sekali. apa kawan tu takde family ke? takkan sebab pakngah bagi duit raya byk kau pun nak dtg menumpang. eh ni family gathering tau. kau org luar. bukan lah nak menghalau tp andai kata la berlaku apa-apa atau ada perbualan yg tak sepatutnya org luar tahu, kau sbg org luar tu kau ada kat tempat tu pastu kau terdengar, tak ke bg masalah tu? hmm. yg membawa pun ada akal yg diberikan oleh Allah SWT kan. fikirlah.  so yeah. tu la sedikit sebanyak kisah suka duka di aidilfitri pertama di kubur panjang 🤗


andai ada terkasar berbicara atau yg terasa dgn kata-kata ini, mohon ampun dan maaf. kami yang merasa susah dan senang menjaga rumah itu. kami yg berhempas pulas menjaga kebersihan rumah tu. kami yg tahan telinga dan melurut dada mengucap istighfar panjang bila org kampung busy body psl rumah tu. mereka cuma tahu persoalkan kenapa kenapa dan kenapa tapi tidak pernah cuba utk mendengar apa tah lagi memahami kenapa. excuse me, INI RUMAH IBU. RUMAH IBU DAN ABAH. RUMAH KAMI. WE OWN THE HOUSE. so we know what to do. we try our best. amanah telah diberi. tanggungjawab harus dilaksanakan. satu impian, untuk buat semua gembira. bila lagi kan nak berkumpul adik-beradik yg jauh dan dekat kalau bukan raya mcm ni? tugas kami adalah utk memberi yg terbaik buat sedara mara yang hadir. kalau maktok tokbah masih hidup, dorang mesti suka dgn suasana rumah kubur panjang skg ni sbb semua berkumpul. tak kira lah sebab masing-masing balik berkumpul, ada yang mungkin sbb takde hala tuju. ada yg mungkin sbb duit raya semata. padahal tahun-tahun sebelum ni takde pun dia. beraya dgn girlfriend/kawan-kawan katanya. walauapapun alasan dan sebab mereka hadir berkumpul, tidak dinafikan kewujudan masing-masing tu dah memberi seribu satu makna dah ! jadi marilah kita sama-sama berganding bahu mengeratkan hubungan silaturrahim. 


kosong-kosong! 


jumpa tahun depan!


p/s yg belum bg duit raya tu, boleh la berbuat demikian hehe.